BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 14, 2009

12HB DISEMBER 2009

Pada tarikh 12Hb Disember 2009 (sabtu) team Degaya Hair Care Treatment Centre telah membuka "booth" di Kompleks PKNS Shah Alam,memandangkan Pengasas De Gaya iaitu cik Norhayati Abd Aziz adalah comitee Dewanita,beliau terpaksa datang seawal 8pagi..Setibanya kami disana,team De Gaya merupakan yang pertama sampai di Kompleks PKNS itu.Kami menjalankan tugas masing-masing seperti memasang scanner dan tv,menyusun produk serta memasang bunting.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT LEBIH JELAS


Pada Hari tersebut merupakan hari yang istemewa khususnya untuk kaum wanita dimana mereka didedahkan mengenai kesihatan terutamanya mengenai kanser payudara yang merupakan penyebab kematian terutamanya bagi kaum wanita.Selain itu,terdapat kempen menderma darah,pemeriksaan mata percuma,taklimat-taklimat kesihatan serta mempunyai banyak gerai-gerai pameran seperti Jusmate,coway,minuman kesihatan,dan banyak lagi.

Selain dapat mendengar taklimat-taklimat kesihatan dari pakar-pakar kesihatan,terdapat juga tarian poco-poco yang dihiburkan dari Pusat fitness.malah senaman aerobik juga dipertontonkan kepada tetamu yang hadir.Pihak De gaya juga turut memberi sokongan kepada tabung darah negara dengan menderma darah.

Majlis Berjalan lancar sehingga tamat..

AKTIVITI DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM anjuran DPMMS & DE'WANITA

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS) telah di perbandankan pada 18hb julai 1988.

Memandangkan arus ekonomi dan pelaburan berkembang pesat di negeri Selangor,peranan DPMMS menjadi semakin penting,khususnya di dalam melahirkan serta membangunkan usahawan melayu.

DPMMS menawarkan berbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan kepada ahli-ahli di dalam meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab dan berkesan didalam memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai isu-isu ekonomi atau yang berkaitan dengan perniagaan,DPMMS juga bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk faedah ahli-ahlinya

Dewanita merupakan salah satu biro di bawah naugan DPMSS yang ditubuhkan sebagai penggerak kepada lebih ramai wanita menceburi bidang-bidang perniagaan dan industri Negara

Dewanita juga saluran penyampaian maklumat kepada usahawan usahawan wanita serta perantara/intermediary antara usahawan dengan kerajaan dan antara usahawan dengan pasaran




PROGRAM

MASA

PERKARA

11.00AM

KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN

11..30AM

KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

11.35AM

BACAAN DOA

UCAPAN ALU ALUAN OLEH

Cik Wan Haslinda Wan Yusoff

Pengerusi Dewanita,DPMM Negeri Selangor

UCAPAN OLEH

Ybhg Dato’Dr.Zahrah A.kadir

Pengerusi Dewanita

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

UCAPAN PERASMIAN OLEH

Ybhg Dato’ DR Mohd Karim Bin Hj Abdullah Omar

Timbalan yang dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri

Selangor.

12.00PM

TAKLIMAT KESIHATAN OLEH HOSPITAL PAKAR KPJ SELANGOR:topik-“Awareness of female cancer”

1.00PM

DEMO PRODUK-PRODUK KESIHATAN

6.00PM

BERSURAI



Thursday, December 3, 2009

PINJAMAN

Wednesday, December 2, 2009

JAWATAN KOSONG

JAWATAN KOSONG!!!!!

PEGAWAI PEMASARAN

  1. MINIMA SPM
  2. BERPENGALAMAN DIUTAMAKAN
  3. LATIHAN DISEDIAKAN
  4. ADA PENGANGKUTAN SENDIRI
  5. GAJI+KOMISEN
  6. GRADUAN MENGANGUR DIALU-ALU KAN