BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 4, 2009

Produk serta peralatan untuk perawatan rambut





Di De' Gaya terdapat bahan serta peralatan khas untuk melakukan perawatan rambut. Kebanyakan pelanggan kami mempunyai masalah rambut gugur dan kelemumur yang agak teruk. Setiap perawatan yang kami lakukan perlu mengambil masa selama 1 jam bergantung pada rambut dan masalah pelanggan tersebut. Kami mempunyai minyak panas yang dihasilkan daripada herba dan ianya berfungsi untuk membuka liang-liang rambut yang tertutup. Selain minyak panas kami juga mengunakan infrared khusus kepada pelanggan yang mempunyai masalah rambut gugur. Tujuan infrared ini adalah untuk merangsang saraf kulit kepala supaya tonic yang disapu di atas kulit kepala cepat menyerap ke akar rambut. Penggunaan cermin mata juga dititik beratkan kerana setiap customer yang menggunakan infrared dikehendaki menggunakan cermin mata hitam untuk melindungi mata daripada cahaya infrared.Di akhir rawatan, kami akan menggunakan 1 alat iaitu high frequency, dimana alat ini mampu memperbaiki akar-akar rambut serta menguatkan akar rambut terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur.Setiap customer, kami galakkan mereka datang ke pusat rawatan seminggu sekali untuk melakukan rawatan rambut. Ini juga secara tidak langsung kita dapat membuat pemantauan dan keputusan yang positif dapat diperolehi.

0 comments: